Selasa, 7 Oktober 2025

Kunjungan SBY ke Malaysia

Apa Pandangan Koran Malaysia terhadap SBY?

Presiden SBY melakukan kunjungan dua hari ke Malaysia

Editor: Dahlan Dahi
zoom-inlihat foto Apa Pandangan Koran Malaysia terhadap SBY?
Hasanuddin Aco/Tribunnews.com
Presiden SBY memberikan keterangan pers di kantor Presiden Jakarta, Rabu (14/11/2012), sore, menanggapi putusan MK soal pembubaran BP Migas.

PADA 20 Oktober lalu genap tiga tahun pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhyono atau lebih dikenali sebagai SBY.

Beliau dibantu oleh Naib Presiden, Boediono memimpin Indonesia bagi penggal kedua pada tahun 2009.

Lima tahun sebelum itu (penggal pertama), Susilo mentadbir Indonesia bersama-sama dengan, Jusuf Kalla.

Jika dihitung, kuasa Susilo hanya tinggal dua tahun bagi penggal kedua ini sebelum tampuk pemerintahan diberikan kepada orang lain berikutan penggal pentadbiran beliau akan berakhir.

Perlembagaan Indonesia menetapkan Presiden negara itu hanya mempunyai kuasa untuk mentadbir negara selama dua penggal sahaja.

Susilo dan Boediono terpilih menerajui Indonesia untuk penggal kedua menerusi perolehan suara majoriti rakyat menewaskan pasangan Megawati Sukarnoputri dan Prabowo Subianto.

Susilo menerima amanah daripada rakyat Indonesia untuk mentadbir negara itu mengikut kebijaksanaan beliau sendiri dengan dibantu oleh Kabinet Indonesia Bersatu II.

Dalam seribu satu persoalan dan segudang masalah yang perlu ditangani, beliau bekerja keras menonjolkan diri sebagai seorang Ketua Negara yang berupaya meletakkan Indonesia sebagai negara yang pesat membangun dalam segenap aspek.

Walau sejauh mana komited seorang pemimpin itu dan sebagus mana dasar dan polisi yang diperkenalkan, Susilo seperti juga ketua-ketua di negara lain yang tidak terlepas daripada dikritik.

Sekalipun, Presiden Indonesia keenam tersebut sudah berjaya memakmurkan ekonomi negara itu ke landasan yang betul, ia masih lagi mengundang keraguan segelintir pihak terhadap pentadbiran beliau.

Dari sudut kemajuan ekonomi, pentadbiran Susilo telah memacu sektor berkenaan ke kedudukan yang sangat cemerlang.

Pertumbuhan ekonomi Indonesia sejak tahun 2009 sehingga sekarang benar-benar boleh membantu mencapai aspirasi Susilo mahu menjadikan negara itu sebagai sebuah negara maju dalam tempoh sedekad akan datang.

Pada 2009, pertumbuhan ekonomi Indonesia hanya sekadar 4.6 peratus dan dalam masa setahun, ia melonjak menjadi 6.1 peratus pada tahun 2010.

Setahun selepas itu, ia meningkat kepada 6.5% pada 2011.

Sementara pada tahun ini pula, sekalipun dilihat ada penurunan kepada 6.3 peratus, namun ia disifatkan masih tinggi secara relatifnya.

Halaman
1234
Rekomendasi untuk Anda

Berita Terkini

© 2025 TribunNews.com, a subsidiary of KG Media. All Right Reserved